Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Syor Indonesia Wujud Undang-Undang...

JAKARTA - Malaysia mencadangkan kepada Indonesia agar mempunyai undang-undang antikeganasan sama seperti Malaysia...

Kisah ‘Orang Minyak’ Pecah...

MELAKA - Hentikan penyebaran kejadian ‘orang minyak’ melakukan jenayah pecah rumah kerana ia...

Pemuda PAS, UMNO Gesa...

SHAH ALAM - Pemuda PAS dan UMNO menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan...

KDN Tawar PPS Diserap...

GEORGETOWN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menawarkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang...

Kane Tanaka Manusia Paling Tua Dunia

WILAYAH FUKUOKA – Seorang wanita Jepun yang berumur 116 tahun secara rasminya diiktiraf sebagai manusia paling tua dunia, menurut portal Guinnessworldrecords.com semalam.

Kane Tanaka yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di bandar Fukuoka di sini disahkan berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac 2019. Dia lahir pada 2 Januari 1903.

Tanaka merupakan anak ketujuh pasangan Kuma­kichi dan Kuma Ota.

Wanita itu berkahwin dengan Hideo pada 6 Januari 1922 ketika berumur 19 tahun.

Mereka dikurniakan empat anak dan mengambil seorang anak angkat.

Antara aktiviti yang digemari Tanaka ialah bermain Othello bersama penjaga di pusat berkenaan.

Tanaka secara rutin akan bangun pada pukul 6 pagi dan mempelajari subjek termasuk Matematik pada waktu tengah hari.


Portal Guinnessworldre­cords.com menyatakan Tanaka per­nah menjalani beberapa pembedahan sepanjang hidupnya termasuk katarak dan kanser kolorektum.

Bagaimanapun, Tanaka masih kurang enam tahun untuk memintas rekod manusia tertua dunia yang masih dipegang Jeanne Louise Calment dari Perancis sejak 22 tahun lalu.

Jeanne lahir pada 21 Februari 1875 sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di Arles, selatan Perancis pada 4 Ogos 1997, dengan usia terakhir 122 tahun 164 hari. – Agensi

Kategori