Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amy (Search) Gembira Perubahan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Amy (Search) menjelaskan hubungan dia dengan anaknya, pelakon Nabila...

Wushu: Tan Gagal Raih...

JAKARTA – Sambutan hari jadi ke-20 pada hari ini tidak membawa sebarang erti...

PM Hadiri Himpunan Suhakam...

PROVOKASI... Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Lelaki Warga Myanmar Mati...

IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh rakan sekerjanya di...

Kandungan Pen Drive Kontroversi Bakal Didedah

PUTRAJAYA – Isi kandungan pemacu pena kontroversi yang didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menjadi bahan tatapan umum, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya beliau telah memohon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan kandungan laporan itu sama ada terdapat penyelewengan atau sebaliknya selepas siasatan oleh suruhanjaya tersebut selesai.

“Oleh kerana ia merupakan kes kepentingan umum dan disebabkan pelbagai andaian telah dibuat mengenai kandungannya, saya mencadangkan kepada SPRM untuk menjadikannya sebagai bahan tatapan umum.

“SPRM meminta saya memberikan mereka sedikit masa untuk meneliti kandungan tersebut secara terperinci dan menyelesaikan siasatan terlebih dahulu sebelum membenarkan kandungan pen drive disebarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy menyerahkan pemacu pena beserta senaskah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Khairy berkata pen drive serta naskhah yang diserahkan itu merupakan bahan asal sepertimana yang diterimanya daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

Beliau berkata tiada sebarang pengesahan dibuat olehnya kepada SPRM sama ada kandungan pemacu pena itu mempunyai kaitan dengan individu tertentu di dalam FAM atau wujudnya penyelewengan seperti andaian ramai.

“Hari ini saya tidak sahkan apa-apa mengenai perkara tersebut dan pemacu pena itu kini telah menjadi bahan bukti dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM selaku pihak bertanggungjawab mengenai rasuah untuk menjalankan siasatan sama ada wujud unsur seperti yang didakwa,” katanya dan menambah tiada tempoh masa diberikan SPRM bila siasatan mereka akan berkahir.


Sambil mengulangi kenyataannya bahawa kandungan laporan itu hanya berkaitan soal teknikal bola sepak negara, Khairy berkata beliau sedia memberi keterangan sekiranya diperlukan selain memaklumkan daripada siapa dan bila pemacu pena itu diterimanya.

Ditanya sama ada Tunku Ismail bersetuju dengan tindakannya menyerahkan pemacu pena itu kepada SPRM, Khairy berkata pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk melakukan sebarang tindakan.

“TMJ sangat berminat untuk menyerahkannya kepada saya. Baginda mahu saya membacanya dan buat apa yang perlu. Selepas baca dengan teliti setiap muka suratnya, saya putuskan untuk membuat laporan kepada SPRM atas kepentingan umum kerana masyarakat mula membuat andaian wujudnya penyelewengan dalam laporan itu,” kata Khairy.

Beliau juga membayangkan satu pertemuan bersama FAM akan dilakukan bagi membangkitkan hal berkaitan isu teknikal badan induk bola sepak itu sepertimana yang terkandung dalam laporan pemacu pena tersebut.

Antara kandungannya ialah mengenai struktur FAM, pembangunan bola sepak akar umbi, kejurulatihan dan pembangunan bola sepak wanita dan ia penting untuk saya bangkitkan kepada FAM, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori