Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

2 Timbalan Menteri Dalam...

PUTRAJAYA - Dua Timbalan Menteri Dalam Negeri akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke...

Diskaun 30% Untuk Pas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan potongan harga sebanyak 30 peratus bagi...

Neelofa Sedih Tinggalkan MeleTOP

NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan...

Ratu Wushu Asia Tenggara...

HIDAYAH... Penyandang pingat emas Sukan Asia 2018 bagi acara wushu, Lindwells Kwok memilih...

Kanak-Kanak Sakit Leukemia Ditinggalkan Ibu

KANAK-KANAK ini bukan sahaja terpaksa bertarung dengan penyakit leukemia yang dialaminya tetapi dia juga bergelut dengan perasaan rindu terhadap ibunya.

Wanita itu, telah meninggalkan Gong Miao atau nama gelarannya Miaomiao, selepas kanak-kanak itu disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Gong Miao, yang berusia sembilan tahun ditinggalkan ibunya selepas tiga bulan disahkan menghidap leukemia pada Mac 2017.

Dia menyedari ibunya menghilangkan diri selepas wanita itu tidak menemani Gong Miao di hospital dan langsung tidak menghubungi anaknya.

Mengejutkan selepas itu, ibunya melawat Gong Miao selama beberapa hari pada Tahun Baru Cina sebelum menghilangkan diri semula.

Kini harapannya untuk bertemu ibunya semakin pudar malah Gong Miao yang begitu kecewa dengan wanita tersebut, telah mengoyak semua gambar ibunya.

Dia kini menerima rawatan kimoterapi di Hospital Harbin di Utara China. Ketika menjalani rawatan sebelum ini, Gong Miao telah mengalami jangkitan paru-paru.


Dalam pada itu, bapanya, Gong Deqing berkata, isterinya itu melarikan diri kerana enggan bertanggungjawab terhadap perubatan anak mereka. Gong tiada pilihan dan terpaksa menjaga anaknya selepas wanita tersebut meninggalkan mereka.

Gong kini terpaksa mencari wang untuk membayar perubatan anaknya itu. Kebanyakan wang yang ada sebelum ini dipinjam daripada kawan, keluarga dan syarikat pinjaman wang.

Dia memperoleh pendapatan dengan bekerja atas kapal dan kini terpaksa berkerja tambahan di tapak pembinaan semata-mata untuk membayar hutang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori