Kanak-Kanak Panik Akibat Tersepit Di China

Malang tidak berbau….seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam mesin basuh ketika bermain di dalam mesin berkenaan hinggakan pihak bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkannya.

Kanak-kanak yang berusia dua tahun itu berasal dari Neijiang, China.

Dia tersepit di dalam mesin itu selepas memanjatnya dan apabila ibu bapanya gagal mengeluarkannya, mereka terpaksa memanggil bomba.

Dalam masa 20 minit, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan oleh bomba dan dia tidak mengalami kecederaan, hanya menggigil mungkin kerana terkejut.

Dalam proses mengeluarkan kanak-kanak itu, bomba tiada pilihan lain kecuali membuka mesin basuh itu satu persatu.

Mungkin selepas ini kanak-kanak itu tidak akan berani lagi mendekati mesin basuh.

Loading...