Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 79...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 79 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

1,581 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini, mencatatkan 1,581 kes...

Wayne Rooney Kejutkan Manchester...

WAYNE Rooney mengejutkan pasukan lawan, Manchester City apabila meraih gol ke-200 dalam perlawanan...

Masyallah.. Pangasuh Tampar, Ikat...

LAGI kes penderaan bayi oleh pengasuh dilaporkan. Namun, kali ini lebih gila dan...

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang Kumbahan

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di Kuarters Polis Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian itu Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemukan anggota penyelamat pada kedalaman dua meter dalam lubang terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohd Fadzeli Che Hussin berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi.

“Anggota bertindak menggunakan pam untuk mengeluarkan sebahagian air kumbahan untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Seorang anggota dipakaikan abah-abah dan tali untuk mencari mangsa di dalam lubang terbabit pada kedalaman dua meter dan menemui mangsa pada jam 9 pagi,” katanya.


Menurutnya, anggota memberi bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) setelah mangsa berjaya dikeluarkan.

“Bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kategori