Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Boleh Bawa Peranti...

GENTING HIGHLANDS - Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan...

Tahniah! Safee Sali Timang...

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menimang cahaya mata baru selepas isterinya, Sasha selamat...

PLUS Beri Jaminan Atasi...

KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha sedang diambil PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk mengatasi...

Chong Wei Ke Separuh...

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke...

Kanak-Kanak Disyaki Didera, Guru Tadika Ditahan Polis

TINDAKAN seorang guru tadika yang menutup badan dan muka seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan selimut disebabkan kanak-kanak berkenaan enggan tidur telah mengejutkan ramai.

Kejadian yang berlaku di sebuah tadika di China itu namun telah dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut.

Ia hanya terbongkar apabila kanak-kanak terbabit menceritakan mengenai kejadian itu kepada ibunya.

Pihak tadika kemudiannya menawarkan pampasan berjumlah £5,693 kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Mereka mengambilnya tetapi tetap membuat laporan polis.

Guru tadika itu telah ditangkap atas tuduhan mendera.


Manakala wang pampasan yang dibayar oleh tadika terbabit akan digunakan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk rawatan psikologi anak mereka.

Dalam pada itu, satu lagi pasangan suami isteri mendakwa kes berkenaan bukannya terpencil malah ada kanak-kanak yang mengalami mimpi ngeri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori