Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Berdepan Notis...

TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN),...

Pergerakan Bekas Tahanan Militan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti...

Tingkah Laku Bapa Mempengaruhi...

SEORANG ayah yang baik ialah mereka yang boleh menjadi pemimpin, model ikutan serta...

Sayang Anak Tak? Lindungi...

SABAN tahun jutaan kanak-kanak maut di seluruh dunia terutama di negara-negara yang sedang...

Kanak-Kanak Dimasukkan Dalam Mesin Basuh

MALANG menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Raelyn apabila dia dimasukkan ke dalam mesin basuh dan mesin pengering baju oleh pengasuhnya yang merupakan seorang remaja berusia 14 tahun.

Kejadian itu berlaku selepas remaja lelaki itu dikatakan mabuk dan khayal bersama tiga rakannya yang lain. Ketika itu dia menjaga Raelyn dan kakaknya, yang berusia lima tahun di rumah mereka di Indiana.

Manakala ibu kanak-kanak berkenaan, Missy Camp tiada di rumah.

Tindakan remaja itu mengakibatkan badan Raelyn dipenuhi lebam. Sebelum ini dia sudah beberapa kali menjaga dua beradik itu namun tiada kejadian pelik berlaku.

Menurut Camp, dia telah lama mengenali remaja itu iaitu sejak dia masih kecil. Apabila Champ bertanyakan remaja terbabit kenapa badan anaknya lebam, remaja itu memberitahu Raelyn terjatuh ketika bermain di taman permainan.

Namun perkara sebenar terbongkar apabila kakak Raelyn memberitahu bahawa adiknya dimasukkan ke dalam mesin basuh dan mesin pengering baju.


Champ juga berkata, keadaan rumahnya juga berselerak, tandas, tingkap dan televisyen mengalami kerosakan manakala tin-tin minuman keras dan pil Xanax ditemui berselerak di atas lantai.

Remaja itu telah ditangkap dan memandangkan dia masih remaja dan kes itu melibatkan juvana maka namanya tidak didedahkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori