Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: Bilik Hotel Percuma...

UNIK... Rosa Malacca Hotel menawarkan 60 bilik percuma bagi anak jati Melaka yang...

Persempadanan Baharu Tak Beri...

LUMUT - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal dakwaan pembangkang...

Saintis Sahkan Tahun 2018...

TAHUN 2018 dijangka mencatat rekod sebagai keempat terpanas dalam rekod, menurut Pertubuhan Meteorologi...

SPRM Ada Tindakan Terhadap...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap empat lelaki,...

Kanak-Kanak Cerdik Malaysia Ahli Termuda Mensa UK

UNITED KINGDOM – Seorang kanak-kanak Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) mencipta sejarah apabila dipilih menjadi ahli termuda menyertai Mensa UK, iaitu persatuan masyarakat IQ tinggi antarabangsa.

Kanak-kanak itu, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, diterima selepas mendapat skor kecerdasan minda (IQ) sebanyak 142 menerusi ujian Stanford Binet, sekali gus tergolong dalam 0.3 peratus kanak-kanak genius di dunia, lapor Metro UK.

Ibu bapanya yang mempunyai latar belakang pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan, Anira Asyikin dan Mohd Hilmy Naim, berkata mereka tidak pernah menyangkakan anaknya mempunyai tahap kecerdasan minda yang luar biasa.

Katanya, kebolehan anaknya dilihat di pusat asuhan, yang mana Haryz dilaporkan boleh membaca dengan lancar semua buku ceritanya.

“Jadi, kami membawa berjumpa pakar psikologi bernama Lyn Kendall, yang pakar dalam mengesan potensi kanak-kanak berbakat.

“Kami berharap dia dapat mencapai potensi sebenar dan sentiasa menyokong anak dalam semua bidang yang diceburinya.


“Tetapi kami tidak meletakkan beban yang berat terhadapnya dan kami mahu dia dapat merasai pengalaman membesar seperti kanak-kanak normal yang lain,” katanya.

Jelas Anira, anaknya sama seperti kanak-kanak berusia tiga tahun yang lain, suka bermain, melukis dan menyanyi, malah dia juga suka menonton rancangan kanak-kanak Story Bots dan Numberblocks.

“Haryz juga suka bertanya banyak soalan mengenai angkasa lepas dan membaca buku tetapi dia langsung tidak tahu bahawa dia seorang yang pandai.

“Kami berharap pemilihan Haryz menyertai persatuan ini akan menjadi batu loncatan kepadanya untuk terus maju dan gembira dengan apa yang dia lakukan,” katanya yang turut membuka saluran YouTube, Little Haryz, bagi memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain. – Agensi

Kategori