Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pendekatan Politik Perlu Ubah...

KUALA LUMPUR - Arena politik tanah air perlu bersedia untuk mencari pendekatan baharu...

MADA Lancar Kempen Basmi...

ALOR SETAR - Bagi menangani masalah pertumbuhan padi angin yang semakin membimbangkan, Lembaga...

Fungsi Majlis Agama Islam...

GEORGE TOWN - Majlis Agama Islam sewajibnya berperanan sebagai sebuah dewan pemikiran dan...

KJ Pertimbang Tubuh Parti...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu...

Kanak-Kanak 9 Tahun Menang Festival Nyamuk Rusia

PELBAGAI cerita dan kisah yang sering dikaitkan dengan haiwan penghisap darah ini. Malah ia juga sering dikaitkan dengan penyebaran sesetengah virus dan penyakit.

Meskipun ramai yang tidak suka dengan kehadirannya dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya, namun berbeza pula kisahnya di Berezniki, Rusia tentang serangga penghisap darah iaitu nyamuk.

Nyamuk di kota berkenaan seolah-olah ‘dipuja’ oleh warga kota tersebut. Malah mereka diberi waktu untuk menghisap darah.

Kanak-Kanak 9 Tahun Menang Festival Nyamuk Rusia

Warga kota Berezniki yang terletak di pergunungan Rusia menghormati kehadiran nyamuk dengan mengadakan satu festival khas untuk nyamuk yang digelar Festival Nyamuk Rusia.

Festival berkenaan diadakan setiap 17 Julai setiap tahun dan akan berlangsung selama beberapa hari. Ketika festival dijalankan, para peserta akan membiarkan puluhan nyamuk menggigit dan menghisap darah mereka.


Bagi tahun ini, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun iaitu Irina Ilyukhina, 9, memenangi hadiah dalam kategori kanak-kanak perempuan paling lazat selepas mendapat 43 gigitan nyamuk ketika pergi mengutip buah beri bersama ibunya.

“Panel penilai akan terdiri daripada hakim dan doktor, mereka memeriksa tubuh peserta dan pemenang ditentukan dengan banyaknya gigitan nyamuk,” kata Natalya Paramonova, jurucakap penyelenggara festival berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori