Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dituduh Punca Virus Tersingkir,...

SUSULAN penyingkiran kumpulan Virus dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) Jumaat lalu hingga...

Kritik Pramugara Di Laman...

GARA-GARA mengkritik cara kerja seorang pramugara Air Asia, teruk penyanyi Ainan Tasneem dikritik...

108 Pekerja Asing Tapak...

KUANTAN – Seramai 108 daripada 114 pekerja buruh asing yang diperiksa di sebuah...

SPR Tunggu Notis Rasmi...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60...

Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Ditangan Akibat Dirotan Guru Taska

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan, dipercayai akibat dirotan oleh seorang guru di sebuah taska di Bercham di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 45 tahun pagi semalam setelah disahkan oleh doktor bahawa kecederaan pada tangan anaknya itu berpunca daripada dirotan.

“Pada hari kejadian kira-kira 7.45 pagi, ibu mangsa menghantar anaknya ke taska di Taman Lindungan Bercham Indah dalam keadaan baik.

“Kira-kira 6 petang wanita berkenaan mendapati terdapat kesan luka pada tangan kanan anaknya sebelum diberitahu oleh dua guru taska berkenaan bahawa mangsa menggaru tangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata ibu mangsa bersama guru taska terbabit telah pergi ke sebuah poliklinik di Taman Ipoh Permai pada Jumaat dan diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa tangan anaknya telah dijangkiti kuman akibat dirotan.

Sehubungan itu, Mohd Ali berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bercham kira-kira pukul 10 pagi semalam dan pemilik serta penyelia taska juga telah tampil memberi keterangan.


Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek seorang guru taska berumur 32 tahun mengaku merotan mangsa di tangan kanan sehingga bengkak.

Suspek juga telah diberhentikan kerja serta-merta bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

“Pihak polis akan memanggil suspek untuk memberi keterangan berhubung insiden tersebut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • rotan

Kategori