Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Air Selangor Beri Pengecualian...

KUALA LUMPUR : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memberikan pengecualian...

Polisi Ketat Restoran Jepun,...

SEBUAH restoran Jepun, Auradaze, yang terletak di Leamington telah melaksanakan peraturan yang ketat, melarang...

Lelaki Hilang Jatuh Laut...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang...

VIDEO : Kevin Zahri...

Selebriti kesihatan Kevin Zahri kini semakin popular apabila mengadakan cabaran Jom Kurus 1Malaysia...

Kampung Baru: RM1,000 Sekaki Persegi Tawaran Terakhir

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengemukakan tawaran terakhir kepada pemilik tanah di Kampung Baru sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi (kps).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menjelaskan, daripada jumlah RM1,000 itu, RM850/kps akan dibayar melalui empat pilihan iaitu tunai, hartanah, kombinasi aset dan hartanah serta pegangan saham.

Tuan tanah bebas memilih mana-mana pilihan pembayaran tersebut, tambahnya.

Manakala baki RM150/kps pula akan dibayar melalui pegangan saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak.

Sebagai tambahan, bagi pemilik tanah yang memilih untuk membeli hartanah dalam projek pembangunan di Kampung Baru kelak, kerajaan akan memberikan diskaun sebanyak 15 peratus.

“Sebagai contoh, harga rumah berkeluasan 900 kps di Residensi Wilayah yang dibangunkan di Kampung Baru akan dijual kepada pemilik tanah pada harga RM255,000 seunit berbanding harga biasa RM300,000 seunit,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Menurut Khalid, kerajaan mengharapkan dapat menerima maklum balas daripada pemilik pada akhir November ini.


Pembayaran pula akan dibuat selewat-lewatnya Jun tahun depan manakala pembangunan bakal dimulakan seawal-awalnya Jun tahun yang sama.

Kerajaan katanya mahu persetujuan daripada semua pemilik tanah di Kampung Baru sebelum memulakan projek berkenaan.

“Jika tujuh daripada 10 orang pemilik tanah bersetuju dengan tawaran ini, saya harap mereka boleh memujuk tiga lagi yang lain.

“Atau kita harap supaya baki tiga pemilik itu tidak menyusahkan semua pihak atau majoriti pemilik tanah yang lain dengan menolak tawaran tersebut,” katanya lagi.

Tegas Khalid, ini merupakan tawaran terakhir dan muktamad yang boleh diberikan oleh kerajaan.

Kategori