Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan Kes Pembubaran DUN...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan pada 21 Ogos...

Puluhan Maut Serangan Udara...

ADEN - Berpuluh orang maut termasuk kanak-kanak yang menaiki bas maut apabila kenderaan...

Landasan Tren Hubung Songkhla-Pulau...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat Malaysia telah mengemukakan cadangan untuk membina landasan kereta...

Westwood Dipecat Sebagai Jurulatih...

GEORGE TOWN - Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta...

‘Kami Akan Ambil Tindakan Terhadap Ammar’ – Seniman

PERSATUAN Seniman Malaysia akan mengambil tindakan tegas ke atas Ammar Titan berikutan keceluparan pengacara dan penyampai radio itu mempersenda bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Presidennya, Zed Zaidi menegaskan mereka akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

“Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

“Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti,” katanya memetik Mstar Online.

Zed berkata demikian sebagai mengulas isu pengacara program komedi Sukan Tak Sentral terbitan Primeworks Studios yang menyamakan bapa mendiang Watson Nyambek dengan bunyi seekor binatang iaitu kambing.

Kaitan: Watson Buat Laporan Polis Tindakan Hina Bapanya

Juga: Hina Nama Ayah Watson, Ammar Mohon Maaf

Perkara itu turut mendapat reaksi Watson sendiri yang melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan penghinaan itu apatah lagi bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Primeworks Studios menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Ahamd Izham Omar dan Ammar sendiri sudah memohon maaf, namun Watson difahamkan masih meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Dalam pada itu tambah Zed, perbuatan Ammar itu sebagai tidak profesional dan merupakan satu penghinaan kepada seorang yang banyak berjasa kepada negara.


Menurutnya, dia percaya pengacara tersebut juga akan terasa sekiranya nama bapanya dipermainkan atau dihina sedemikian, lebih-lebih lagi jika ibu bapanya sudah meninggal dunia.

“Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.

“Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?” ujarnya.

Selain itu, Zed berkata, permohonan maaf yang dilakukan oleh stesen televisyen dan pengacara itu sendiri tidak cukup untuk membetulkan imej Watson.

“Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Kategori