Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tetak Isteri Kerana Baran..

INDONESIA :  Seorang wanita maut dibunuh dalam keadaan yang ngeri di kediamannya di jember, Nama...

Fathia Latiff Mohon Peluang...

AKTRES cantik, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia perlu lebih berhati-hati selepas ini...

88 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di...

Angka Kematian Akibat Tanah...

SAO PAULO : Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis,...

Kali Pertama Warga AS Jadi Ninja Profesional Kerajaan Jepun

TOKYO – Sebuah wilayah di Jepun terpaksa membuka kekosongan jawatan untuk seorang ninja demi memacu industri pelancongan tempatan. Ternyata kesempatan ini menarik minat seorang lelaki Amerika Syarikat (AS).

Aichi, sebuah wilayah kecil di tengah Jepun, pada asalnya hanya mencari seseorang yang berminat untuk menjadi ninja yang dibayar gaji bulanan tetap dan kekosongan ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat asing.

Sebanyak 235 orang mengemukakan pemohonan untuk menjadi ninja profesional secara sepenuh masa ini dan yang agak luar biasa adalah 85 peratus daripada keseluruhan pemohon itu adalah warganegara asing.

Salah seorangnya ialah Chris O’Neill, yang baharu sahaja berusia 29 tahun dan dalam sesi uji bakat berjaya memukau para penguji sehingga mereka memberikannya satu jawatan tambahan untuk pemuda ini.

ninja1

Dia yang memang sudah lama menetap di bandar raya Tokyo, menjadi orang asing pertama yang menjadi ninja profesional malah digaji sendiri oleh pihak berkuasa tempatan hasil daripada kutipan cukai rakyat Jepun.

Perkara pelik ini disahkan oleh Satoshi Adachi, seorang pegawai kerajaan dari unit pelancongan Prefektur Aichi kepada agensi berita antarabangsa AFP di sini baru-baru ini.

“Dia (Chris) sangat luar biasa. Dia memiliki kemampuan akrobatik yang hebat dan kemampuan berbicara di depan khalayak awam. Dia juga sangat bersemangat mempromosikan sektor pelancongan domestik,” ujar Adachi.


Ninja yang bermula sejak kurun ke-12 lazimnya dianggap seumpama askar upahan khas atau komando perisik pada zaman dahulu berbeza dengan samurai lebih kepada pahlawan pengawal istana maharaja.

ninja2

Pasukan ninja yang baharu ini akan mendapatkan kontrak selama tempoh satu tahun dan menerima bayaran gaji bulanan sebanyak 178,592 yen Jepun (kira-kira RM6,226) selain ditambah ganjaran bonus.

Chris akan diarah untuk bekerja bersama-sama dengan enam orang ninja profesional lainnya, masing-masing lima orang lelaki dan seorang wanita, yang semuanya adalah warga negara Jepun sendiri.

Tugas mereka termasuk melakukan ritual rutin salto mundur, menggunakan ‘shuriken’ iaitu sejenis senjata ninja berbentuk bintang serta sedia bergambar untuk para pelancong tempatan dan asing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Taki Takazawa, Lelaki Asal Mafia Kini Imam Di Jepun

Juga: Naruto – Berakhir Selepas 17 Tahun ‘Menabur Bakti’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori