Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Panda Kini Bukan Haiwan...

HONOLULU - Usaha pemuliharaan di China selama berdekad-dekad sudah membuahkan hasil bagi panda,...

Anggota UMNO Perlu Berani...

BAGAN SERAI - Semua anggota UMNO khususnya yang berada dalam barisan kepimpinan diminta...

Pakar Komputer Derma Kornea,...

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru...

SPR Ambil Tindakan Sewajarnya...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman...

Kali Kedua Jadi Pengacara, Fahrin Akan Jadi Diri Sendiri

ANUGERAH Skrin merupakan salah satu acara penghargaan karya yang sering ditunggu-tunggu oleh peminat drama serta filem tanah air.

Kali ini, pelakon yang dulu namanya sering disebut, Fahrin Ahmad bakal digandingkan bersama Jihan Muse dan Shuk SYJ sebagai pengacara bagi malam anugerah itu nanti.

Bagi Fahrin sendiri, kepercayaan kali kedua yang diberikan itu membuatkan dia enggan untuk terlalu mencuba dan hanya akan menjadi dirinya sendiri sepanjang majlis itu nanti.

Menurut bapa kepada seorang anak itu, dia berasa senang apabila dapat digandingkan dengan Shuk dan Jihan kerana terdapat keserasian antara mereka bertiga.

“Keserasian itu dah ada ketika kami jumpa meeting kali pertama. Bagi saya takkan ada berlaku siapa overshadow siapa, sebab masing-masing ada karakter sendiri.

“Saya akan menjadi diri sendiri dan tidak try too hard untuk menjadi orang lain.

“Saya dapat rasakan majlis akan berlangsung dalam keadaan spontan dan natural yang mana saya tidak terlalu mencuba untuk menjadi orang lain,” katanya dipetik daripada portal KopiPlanet.


Kali ini, ASK2017 akan mengetengahkan tema ‘Mencipta Fenomena’ akan mencalonkan sebanyak 19 buah drama dan 13 buah filem yang bakal bertanding untuk merebut 33 kategori yang dipertandingkan.

Selain itu, beberapa lagi selebriti tempatan telah dipilih bagi menyampaikan anugerah iaitu Farah Nabila, Fattah Amin, Neelofa, Wany Hasrita, Nabila Huda, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Seperti kebiasaan setiap tahun, majlis anugerah itu juga akan diserikan dengan persembahan khas daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Stacy, Salam Muzik, Black dan ramai lagi penyanyi hebat.

Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menjadi lokasi wajib bagi ASK setiap tahun. Anugerah itu akan diadakan ada 3 November ini dan dibawakan khas oleh TV3 dengan kerjasama beberapa penaja besar. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori