Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lupakan Hasrat Ke Stadium...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini meminta peminat bola sepak...

Lim Kok Wing Meninggal...

KUALA LUMPUR - Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, 75, meninggal...

Dua Lelaki Asing Menyamar...

SHAH ALAM - Dua lelaki asing yang sering menyamar sebagai anggota polis untuk...

Sekolah Kedah, Perlis Tutup...

GEORGE TOWN - Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah untuk ditutup mulai...

Kalau Menteri Asyik Tak Tahu, Patut Ditukar

KUALA LUMPUR – “Kalau menteri semua tak tahu apa yang berlaku dalam kementerian dia, saya rasa menteri itu yang patut ditukar,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kerap menyatakan tidak tahu dalam isu melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Ismail Sabri berkata, blok pembangkang kesal dengan pertukaran Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Alasan yang diberikan oleh menteri yang dikatakan tidak tahu tentang tender terbuka yang dibuat KSU ini, saya rasa sesuatu alasan yang tidak boleh diterima.

“Saya pernah jadi menteri pertanian, tak mungkin kita sebagai menteri tidak maklum, terutama tender atau projek yang melibatkan lebih RM1 bilion kerana dibentangkan dalam Kabinet.

“Alasan beliau tidak munasabah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tambah beliau, mustahil menteri langsung tidak tahu perkara tersebut.


“Atau menteri sendiri tak buat kerja kerana langsung tidak tahu apa yang berlaku dalam kementerian beliau.

“Jadi, bila melakukan kesilapan, mereka cari kambing hitam maka pegawai kerajaan jadi kambing hitam,” katanya.

Salahuddin pagi tadi menganggap pertukaran KSU kementerian itu ke JPA merupakan penggiliran biasa dan pertukaran jawatan adalah di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah JPA.

Semalam, bekas KSU kementerian tersebut, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan menegaskan beliau menerima keputusan dipindahkan ke Jawatan Penempatan Khas, JPA yang berkuatkuasa serta merta.

Ahli Parlimen Bera itu menegaskan blok pembangkang memberi jaminan untuk terus mempertahankan kakitangan kerajaan ‘yang dianiayai kerajaan’. – Sinar Harian

Kategori