Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Setelah Sekian Lama.. Anuar...

SEPERTI yang diketahui ramai, penyanyi terkenal Anuar Zain merupakan antara salebriti yang tidak...

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

“Itu Harta Saya Dan...

KUALA LUMPUR - "Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya...

Nurul Syuhada Nurul Ain...

TAHNIAH kami ucapkan kepada pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang sudah selamat...

“Kalau Isteri Cubit Lagi Sakit”

KUANTAN – “Kalau isteri cubit, lagi sakit,” seloroh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak rasa sakit sewaktu menerima suntikan itu dan bersyukur selesai menjalaninya.

“Kalau tanya sakit atau tidak ketika saya diberi suntikan tadi, saya jawab tidak langsung. Kalau isteri kita cubit lagi sakit.

“Bagi diri saya, tak berasa apa-apa (sakit). Jadi saya menyeru kepada rakyat Pahang supaya menerima suntikan vaksin yang diberi percuma oleh kerajaan ini.

“Saya juga dimaklumkan bahawa ada negara menyatakan bahawa sekiranya ada pelancong yang ingin ke negara mereka, mereka perlu telah disuntik vaksin Covid-19,” katanya pada sidang media selepas program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri di sini pada Jumaat.

Selain Wan Rosdy, seramai 114 individu yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu.

Antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah; ahli Exco Kerajaan Negeri, ex-officio serta wakil-wakil rakyat.

Turut menerima suntikan berkenaan ialah ketua-ketua jabatan termasuk penjawat awam serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri.


Sementara itu, Wan Rosdy berkata, selepas beliau menerima suntikan itu, ia menandakan permulaan kepada Program Imunisasi Covid-19 di peringkat negeri.

Bagi fasa pertama, katanya, ia melibatkan ‘frontliners’ atau barisan hadapan membabitkan seramai 32,175 orang.

“Fasa kedua pula melibatkan lebih 360,000 orang dalam kalangan mereka berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun dan ke atas serta golongan berpenyakit kronik. Suntikan vaksin akan bermula April ini.

“Di bawah fasa ketiga, ia melibatkan lebih 700,000 individu 18 tahun dan ke atas. Suntikan vaksin bagi mereka akan bermula Mei ini hinggalah Februari 2022.

“Dijangkakan kesemua kira-kira 1.12 juta rakyat Pahang atau sasaran 70 peratus daripada keseluruhan 1.67 juta penduduk negeri ini bakal divaksin sebagai usaha membendung penularan wabak pandemik Covid-19,” katanya.

Tambah Wan Rosdy, sebanyak 69 pusat suntikan ditetapkan di seluruh negeri melibatkan hospital, klinik kesihatan, dewan dan bangunan jabatan atau agensi berkenaan membabitkan jumlah pemberi suntikan atau vaksinator ialah seramai 578 orang. – Sinar Harian

Kategori