Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syatilla ‘Ngeri’ Tinggal Anak...

IBU mana yang tidak bersikap terlajak protektif terhadap anak mereka, terutama sekali apabila...

Penamaan Barisan Calon BN...

BAGAN DATUK – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan...

Kor Ming, Isteri Terima...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan...

Suruhanjaya TVET & Industri...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Nurul...

Kakitangan Khazanah Positif COVID-19

SHAH ALAM – Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pekerja berkenaan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Justeru, Khazanah sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabatnya untuk mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan terjamin.

Ia termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti individu yang sudah berhubung dengan kakitangan berkenaan.

Katanya, Khazanah turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ketika langkah pencegahan dilaksanakan.


Khazanah akan terus beroperasi dengan gangguan yang minimum.

Sementara itu, difahamkan pekerja Khazanah yang positif jangkitan COVID-19 antara empat kes baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam, menjadikan 29 kes dilaporkan setakat ini.

Pekerja Khazanah itu dipercayai kes ke-26 yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu. – Sinar Harian

Kategori