Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Karnival Usahawan Inspirasi 2016...

GRAND Thousand Solution menganjurkan Karnival Usahawan Inspirasi 2016 selama tiga hari bermula 6...

Kerajaan Disaran Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan...

Walau Gaji RM2,400, Pemuda...

BERCAKAP mengenai memiliki rumah sendiri dalam usia muda, pastinya merupakan impian dan harapan...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kakitangan Awam Dapat RM600, Pesara RM300

KUALA LUMPUR – Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pula bakal menerima RM300 dengan kedua-dua bantuan itu akan dibayar pada awal 2021.

“Selanjutnya bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksana pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengumumkan dua inisiatif bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam, iaitu menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 ringgit sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai 2021.

Katanya, inisiatif kedua memperkenalkan skim perlindungan kemalangan diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi 2021 dan 2022. – myMetro Online

Kategori