Staf Air India Lancar Mogok Di Mumbai

MUMBAI – Hampir 400 kakitangan Air India melancarkan mogok di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai pada Khamis, kerana tidak menerima bonus Deepavali, menyebabkan berlakunya kelewatan penerbangan, lapor agensi berita Xinhua News memetik media tempatan.

Akibatnya penerbangan ke Mumbai mengalami kelewatan hampir sejam.

Kebanyakan petugas untuk perkhidmatan seperti daftar masuk dan pemunggahan yang dikendalikan oleh anak syarikat Air India Air Transport Services Limited (AIATSL) terbabit dalam mogok itu.

Beberapa penumpang memuat naik dalam akaun Twitter mereka, menyuarakan kemarahan terhadap kelewatan itu.

“Disebabkan kejadian tidak diduga kerana mogok pekerja, beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan. Pihak kami sedang berusaha untuk mengurangkan kelewatan atau gangguan,” kata jurucakap Air India.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pembatalan penerbangan. – BERNAMA

Loading...