Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasukan SAR Dikerah Ke...

PASUKAN mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan nahas pesawat Airbus A320 di...

‘Luar Biasa’ Luahan Hati...

MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi pernah 'menggegarkan' dunia sukan tanah air apabila menjadi atlet...

Syed Mokhtar Kuasai 
Media...

KUALA LUMPUR - Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dijangka menjadi...

TPPA: Malaysia, 10 Negara...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan 10 negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan...

Kaki Kiri Budak 6 Tahun Hancur Digilis Foklift

TRAGIS… seorang kanak-kanak hancur sebelah kaki kiri selepas dipercayai digilis foklift dalam kejadian di sebuah kilang papan dekat kawasan Perindustrian Gua Musang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, mangsa berusia 6 tahun telah menerima rawatan awal di Hospital Guna Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.

Insiden tragis itu dipercayai berlaku ketika mangsa bermain di kawasan kejadian sebelum tiba-tiba digilis jentera yang sedang melakukan kerja di kawasan itu.

Anak keenam daripada tujuh beradik menetap itu di kawasan berkenaan selepas bapanya yang bekerja di kilang itu berpisang dengan ibunya kira-kira setahun lalu.

Sementara itu ibu mangsa yang menetap di Kampung Batu Lima terus bergegas ke hospital Hospital Gua Musang sebaik dikhabarkan mengenai kejadian itu oleh pihak hospital.

“Saya terkejut dengan kejadian itu kerana pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dia balik ke rumah saya di Kampung Batu Lima.

“Ketika itu dia sungguh gembira kerana dapat berjumpa dengan adik-beradiknya yang lain,”
katanya yang dipetik sebuah portal berita.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada ibu bapa mangsa. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori