Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ketua Sindiket Pengedaran...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang mengetuai sindiket pengedaran dadah terbesar negara ini...

Kes Bunuh: Ahli Keluarga...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsham, yang...

Calon PH Ingkar PM...

BIADAB... Tidak sampai 24 jam Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa Pakatan Harapan (PH)...

19 Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 pelajar Malaysia, yang menuntut di Adventist University of...

Kaki Budak Tersangkut Dalam Lubang Jamban Tadika

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun mengalami detik mencemaskan dalam hidupnya apabila kakinya tersangkut dalam lubang tandas hampir sejam di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Al-Falah Taman Sekiah Makmur, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1.00 tengah hari itu, mangsa yang tidak diketahui identitinya dikatakan ingin mandi sebelum kaki kirinya terpelesok masuk ke dalam lubang tandas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Zaini Salleh berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan kes tersebut dari guru murid berkenaan.

“Seorang guru di situ memberitahu bahawa kanak-kanak itu ingin mandi sebelum tergelincir dan kaki kirinya termasuk ke dalam lubang tandas jenis mencangkung.

“Guru berkenaan kemudian cuba mengeluarkan kaki mangsa tetapi gagal sebelum menghubungi pasukan kami,” katanya kepada BH Online.

Menurut Zaini, awalnya pihak bomba cuba mengeluarkan kaki mangsa secara biasa namun tidak berjaya.


Ekoran mendapati kaki kanak-kanak itu sudah membengkak dan kebiruan, anggota bomba kemudian betindak memecahkan lubang tandas berkenaan.

Operasi menyelamatkan kanak-kanak itu berakhir kira-kira jam 1.44 tengah hari.

Kanak-kanak malang itu kemudian di hantar ke klinik kesihatan berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori