Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH132 Terima Dua Laluan...

PUTRAJAYA - Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur...

Pontun Punca Pencemaran Air...

KUALA SELANGOR - Pontun miliki syarikat Two-B Machineries Sdn. Bhd., kontraktor dilantik Kumpulan...

7 Individu Rancang Bunuh...

KUALA LUMPUR – Enam lelaki warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan dipercayai...

Malaysia Tunggu Keputusan Arab...

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan membenarkan jemaah haji Malaysia menunaikan ibadat itu musim...

Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Bermula Hari Ini

PUTRAJAYA – Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 bermula hari ini dengan penghantaran vaksin ke semua tapak percubaan secara berperingkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, hari ini berkata mereka memulakan kajian ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) itu dengan objektif menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Pelancaran kajian berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara virtual dari pejabatnya di sini, tengah hari tadi.

Kenyataan itu menyebut, inisiatif kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China menerusi IMBCAMS itu berperanan menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-COV-2.

“Pelaksanaannya perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki yang akan dipantau secara ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM.

“Kajian ini adalah ujian terhadap vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif seperti platform yang digunakan oleh Sinopharm (China), CoronaVac dari Sinovac (China) dan Covaxin dari Bharat Biotech (India),” katanya.

KKM berkata, kajian klinikal Fasa 1 dan 2 yang dijalankan peserta di China merekodkan tindak balas imun yang signifikan terhadap antigen SARS-CoV-2 serta tidak menunjukkan kesan sampingan serius, iaitu tidak melebihi 30 peratus secara keseluruhan bagi tempoh 28 hari selepas imunisasi dilaksanakan. 

Pada masa sama, pihak IMBCAMS sudah menjalankan tinjauan lapangan dan fasiliti percubaan klinikal KKM dan buat masa ini semua sembilan hospital KKM bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan kajian klinikal Fasa 3 terbabit. 


Sementara itu, KKM memaklumkan kajian vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif dibuat daripada virus yang dimatikan menerusi proses fizikal atau kimia serta tidak berpotensi menyebabkan penyakit.

Penggunaan vaksin tidak aktif seperti vaksin untuk Hepatitis A, selesema, polio dan rabies biasanya tidak memberi imuniti yang kuat seperti vaksin hidup, justeru ia memerlukan beberapa dos dari semasa ke semasa untuk membina tindak balas imuniti terhadap penyakit COVID-19. 

Menurut maklumat tambahan KKM, vaksin kajian diterima pada 23 Januari lalu, manakala peserta pertama dijangka menerima pelalian bermula pada akhir Januari atau awal Februari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 50 peratus daripada 3,000 sukarelawan akan menerima dua dos vaksin tidak aktif sementara separuh lagi akan menerima dua dos plasebo, tetapi tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2.

Semua sukarelawan itu akan diberi dua dos dalam tempoh selang 14 hari pada otot lengan atas dan diwajibkan menghadiri senam lawatan dalam tempoh dua bulan, disusuli selama 13 bulan. – BH Online

Kategori