Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Menghadap PM...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Polis Melaka Rampas Pelbagai...

MELAKA - Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan serta seorang wanita warga asing dan...

Laporan Najib Disiasat Polis

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan susulan laporan polis dibuat bekas Perdana...

Budak Maut Ditimpa Dinding...

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada...

Kajian Institusi Tahfiz Dijangka Siap Ogos 2019

KUALA LUMPUR – Kajian ke atas institusi pengajian tahfiz di Malaysia yang antaranya merangkumi aspek modul pengajian, kompetensi tenaga pengajar, pengurusan serta tadbir urus, dijangka siap pada Ogos tahun depan.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang mengendalikan kajian yang bermula sejak Mac lepas berkata ia juga memberi penekanan tambahan kepada penyerlahan potensi pelajar tahfiz yang merupakan golongan belia Malaysia.

IYRES dalam satu kenyataan berkata pengumpulan data dilaksanakan dengan melibatkan responden dalam kalangan pelajar tahfiz, tenaga pengajar dan pihak pengurusan.

“Proses pengumpulan data akan diteruskan kepada pihak jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri, mufti, waris pelajar serta graduan yang menamatkan pengajian di institusi pengajian tahfiz di Malaysia,” menurutnya.

Kenyataan itu berkata hasil penyelidikan itu diharap dapat meningkatkan pembangunan institusi tahfiz termasuk dari aspek pemantapan tadbir urus, pengukuhan kompetensi tenaga pengajar serta mekanisme penyelerasan dan pemantauan ke atas modul pengajian.


“IYRES yakin keberhasilan kajian yang dilaksanakan ini akan menyumbang kepada hala tuju Majlis Tahfiz Negara selaras dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan institusi pengajian tahfiz di Malaysia dalam penyerlahan potensi belia,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh sebelum ini dilapor berkata kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara pada tahun depan di dalam usaha menyelaraskan sekolah-sekolah tahfiz swasta yang merupakan teras pendidikan tahfiz negara. – BERNAMA

Kategori