Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir Boleh Bersama BN,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan sebuah kerajaan...

Fasha Sandha Cedera Di...

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan...

Tahniah! Syafiq Yusof Dan...

PENGARAH filem terkenal, Mohd Syafiq Yusof, 25, berkongsi khabar gembira setelah isterinya selamat...

Google Arah 10,000 Staf...

LONDON - Enjin pencarian maya terkemuka, Google, menyediakan 10,000 kakitangan hanya untuk memantau...

Kaji Laksana ‘Driver Score’ Pantau Sikap Pemandu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pelaksanaan ‘drivers score’, yang bertujuan memantau sikap pemandu kenderaan komersial terutama bas bagi mengelak kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia meliputi pemasangan alat ‘On-board Diagnostic’ (OBD) pada kenderaan berkenaan bagi mengumpul data pemanduan.

“Pemasangan alat tersebut dijangka mampu memantau pergerakan bas serta sebarang tindakan dilakukan pemandu yang memberi risiko kepada penumpang,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) mengenai usaha kementerian dalam mengukur kredibiliti pemandu bas bagi mengelak kemalangan.

Liow berkata kebanyakan kes kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kematian dikesan berpunca daripada sikap pemandu yang cuai serta tidak mematuhi peraturan pemanduan selamat termasuk memandu melebihi had laju.

Liow berkata sebanyak 7,152 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas.

“Ini merupakan satu jumlah yang besar dan baru-baru ini, satu lagi kemalangan serius berlaku melibatkan dua buah bas kilang mengakibatkan kematian lapan pekerja dan 35 yang lain cedera,” katanya.

Kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru pada 5.30 pagi, Selasa lepas itu menyebabkan seorang warga tempatan dan tujuh rakyat Indonesia, maut.


Selain itu, Liow berkata kerajaan turut bercadang untuk mewajibkan semua kenderaan komersial memasang kamera di dalam kenderaan bagi merakam tindakan dan sikap pemandu.

“Dengan pemasangan gajet-gajet moden ini ia membolehkan kita mengesan rekod semua pemandu bas untuk pemantauan sikap dan tindakan mereka secara lebih berkesan,” katanya.

Ketika ini, beliau berkata pihaknya mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam pemandu-pemandu yang didapati memiliki rekod saman, bagi mengelak tragedi yang melibatkan nyawa penumpang.

“Pada masa sama pemantauan berterusan dilakukan terhadap semua kenderaan komersial dan pemandunya agar memenuhi semua prosedur dan piawaian yang ditetapkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” katanya. – BERNAMA

Kategori