Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dadah Yang Membantu Menumbuhkan...

CANGGIH... Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang...

Atlet Papan Selaju Malaysia...

PALEMBANG – Atlet papan selaju Malaysia, Christina Lai Grace terpaksa dikejarkan ke hospital...

Muda sambut baik tawaran...

JOHOR BAHRU : Biarpun rundingan antara Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan parti-parti lain...

Lakar Sejarah, Wanita Termuda...

SEORANG remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun telah mencipta sejarah apabila berjaya...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan ialah kesan jangka panjang kepada negara jika menerima pakai ICERD.

“Adalah tidak wajar kerajaan persekutuan membuat keputusan hanya kerana didesak oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Jom Memancing Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) di Kampung Wang Besar, Bintong di sini, hari ini.

Katanya tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan rundingan dengan melibatkan semua kaum adalah cara terbaik untuk menangani isu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy sebelum ini berkata Malaysia akan meratifikasi ICERD serta lima triti lain berkaitan hak asasi manusia seawal suku pertama tahun depan, dan kenyataannya menimbulkan keresahan beberapa pihak yang berpendapat pelaksanaan ICERD boleh menghakis hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera lain. – BERNAMA

Kategori