Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar ‘Potong’ Jari Cikgu...

Kuala Kangsar - “Saya tidak tahu siapa (pelajar mana) yang menutup pintu kereta,...

PRN: 94 Laporan Berkaitan...

PETALING JAYA: Sebanyak 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima...

“Rizab Petronas Meningkat RM36.5...

PENINGKATAN rizab tunai Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac...

Buat Kerja Sambilan, Cari...

IPOH - "Adik pernah cakap dia buat kerja membersih saluran air sebab nak...

KAFA Perlukan RM6 Juta Hadapi Musim Depan – Bibi Ramjani

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM6 juta sebagai persiapan pasukan Kelantan menghadapi saingan Piala Malaysia musim depan kata Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan.

Katanya walaupun Kelantan pada musim depan beraksi pada saingan Liga Premier, pihaknya mahu menyediakan pasukan yang terbaik mengharungi saingan tersebut.

“Kami juga harus mencari pemain yang dapat membantu menaikkan kembali pasukan ke saingan Liga Super musim berikutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bibi Ramjani berkata setakat ini pihaknya telah berunding dengan beberapa syarikat untuk membantu menaja pasukan Kelantan musim depan.

“Beberapa syarikat menunjukan minat membantu kami, namun ia masih di peringkat awal perbincangan, saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat syarikat itu bagi mengelakkan kekeliruan dan isu lain,” katanya.

Beliau berkata KAFA berterima kasih kepada penaja musim ini yang masih mahu membantu pihaknya bagi meningkatkan prestasi bola sepak negeri ini musim depan. – BERNAMA

Kategori