Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditahan Dipercayai Hina...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan...

Jualan Akhir Tahun Meriah,...

Jualan akhir tahun yang sedang berlangsung begitu meriah kali ini apabila pengguna mengambil...

1MDB: SPRM Bekerjasama Dengan...

KOTA BHARU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu...

Nicol Gagal Atasi Pemain...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kalah kepada Raneem El...

Kadar Suntikan Vaksin Covid-19 154,866 Dos Semalam

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara melepasi paras 150,000 dos memasuki hari kedua berturut-turut, semalam.

Usaha dirintis kerajaan sejak kebelakangan ini dengan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega, bergerak dan secara pandu lalu melakar kejayaan apabila berupaya melangkaui sasaran awal dengan kadar suntikan pelalian sebanyak 151,309 dos kelmarin.

Kejayaan itu sekali lagi direkodkan semalam apabila kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara, merangkumi dos pertama dan kedua ialah 154,866 iaitu peningkatan 2.35 peratus.

Perangkaan kumulatif dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini turut merekodkan 3,944,987 dos vaksin diberikan kepada penerima yang layak di seluruh negara, setakat semalam.

Berdasarkan jumlah itu, 69.05 peratus atau 2,724,048 membabitkan suntikan pelalian dos pertama, manakala selebihnya iaitu 1,220,939 ialah dos kedua.

Secara perbandingan, Kuala Lumpur memperoleh kadar pemberian pelalian tertinggi iaitu 587,344 dos, diikuti Selangor (556,404); Sarawak (387,873); Johor (364,897); Perak (327,158) dan Sabah (302,986). – BH Online

Kategori