Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

4,087 Kes Baharu, 29...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh...

Bas RapidKL Tanpa Tunai...

KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) akan melaksanakan sistem transaksi...

Wanita Melecur Belon Udara...

SEORANG wanita melecur apabila belon udara panas yang dinaikinya bertembung dengan tiang elektrik...

11 Ditahan, 230 Saman...

JOHOR BAHRU: Sebanyak 230 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan...

Kadar Rt COVID-19 Semalam Meningkat Kepada 1.0

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 meningkat kepada 1.0 semalam, berbanding 0.99 kelmarin.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebook beliau, menunjukkan nilai Rt di seluruh negara kekal meningkat sejak empat hari lalu.

Kali terakhir negara mencatat Rt 1.0 ialah pada 5 Jun lalu.

Lima negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan, dengan Rt dicatatkan di Melaka, 1.10 diikuti Perak (1.08), Negeri Sembilan (1.07), Pahang (1.04) dan Selangor (1.02).

Terengganu kekal mencatat Rt terendah dengan nilai 0.65, diikuti Kelantan (0.80).


Nilai Rt merujuk tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sekiranya nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain. – BH Online

Kategori