Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesta Arak: Jangan Eksploit...

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak...

Majlis Bandaraya Miri PBT...

MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) mencipta sejarah hari ini apabila menjadi pihak...

Pelbagai Teori Warnai Perit...

KUALA LUMPUR - Diculik Alien, disembunyikan di Diego Garcia, terdampar di Segitiga Bermuda,...

KKM Sasar Sifar Kes...

KUCHING - Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan untuk mencapai sifar kes HIV/AIDS menjelang tahun...

Kadar Rt COVID-19 Kes Harian Kekal 1.05

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam, kekal pada tahap sama, 1.05 bagi dua hari berturut-turut.

Menurut laman web covid-19.moh.gov.my, Melaka mencatatkan nilai Rt tertinggi dengan 1.19, diikuti Pulau Pinang pada tahap 1.14.

Turut dinyatakan kadar kebolehjangkitan yang melebihi daripada nilai kebangsaan, adalah Selangor yang merekodkan nilai 1.10, diikuti Johor (1.11) dan Kuala Lumpur (1.09).

Negeri yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sabah dan Kelantan, masing-masing pada nilai 0.91.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.


Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Maklumat mengenainya boleh dilayari di laman web http://covid-19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/nilai-r-malaysia/0521…. – BH Online

Kategori