Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Naib Ketua Pemuda...

BATU PAHAT - Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan...

Abang Glu Mata Adik...

Riyadh - Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan menanti ibunya tidur sebelum mengambil sebotol...

Pemandu Lori Dihadapkan Ke...

KUALA PILAH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini...

Squid Game: Kesan Adegan...

DRAMA Squid Game ini boleh tahan hangat dibincangkan dalam sosial media akhir-akhir ini....

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Menurun Kepada 1.04

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian di negara ini mencatatkan penurunan kepada 1.04 semalam, berbanding 1.05 sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Perlis menjadi negeri mencatatkan Rt tertinggi dengan nilai 1.29.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Perlis, sebanyak 10 negeri lagi mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan.

“Perlis mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.29 diikuti Sarawak (1.19), Sabah (1.17), Kelantan (1.16), Pulau Pinang (1.15), Kedah (1.11), Perak (1.09), Melaka, Johor dan Terengganu masing-masing 1.07 serta Pahang (1.06).

“Selangor pula mencatatkan nilai 1.01 diikuti Kuala Lumpur (0.98), Negeri Sembilan (0.95) dan Putrajaya (0.91),”katanya menerusi Facebook hari ini.

Berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Dr Noor Hisham, kes harian berisiko melonjak melebihi 19,000 jika Rt kembali melebihi 1.2, kesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).


Sekiranya pematuhan SOP dilakukan, Rt mampu turun sehingga 0.95 mengikut pemerhatian kes yang mengambil kira purata tujuh hari bagi nilai keseluruhan dan tempoh 14 hari bagi Rt setiap negeri.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan pada 0.81 pada 3 Mac lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain. – BH Online

Kategori