Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Meningkat

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) mengikut kes seharian di seluruh negara semalam kembali meningkat kepada 1.06 dengan Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan paling tinggi berbanding negeri lain iaitu 1.56. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada Jumaat lalu, Rt merekodkan nilai sama iaitu 1.06 sebelum menurun kepada 1.03 pada Sabtu dan kembali kepada angka 1.06, semalam. 

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Dr Noor Hisham, selain Terengganu, negeri lain yang melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya (1.34), Sabah (1.21), Kelantan (1.15), Sarawak (1.08), Perak (1.07), Kedah (1.06). Perak dan Kuala Lumpur masing-masing dengan (1.05) dan Selangor dengan (1.02). 

Tiga negeri lain, Rt yang direkodkan ialah di bawah satu iaitu masing-masing 0.96 di Pulau Pinang dan Pahang selain Johor (0.88).

Perlis pula mencatatkan Rt sifar berikutan tidak merekodkan kes COVID-19.

Nilai Rt terendah yang pernah direkodkan di negara ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menjangkakan negara bakal mencapai kadar Rt kurang 1.0 menjelang Mei depan. – BH Online