Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Maybank Sasar Keluar Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Maybank, kumpulan perbankan terbesar dari segi aset, menyasar mengeluarkan pinjaman...

PM Lancar Kerja Pembinaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Cadang Kembalikan GST Pada...

KUALA LUMPUR : Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kerana Rebut Meja, Pasangan...

SINGAPURA - Polis berjaya menangkap seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 46 tahun...

Kadar Jangkitan Covid-19 Kekal 18 Daripada 550 Orang

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ujian yang dijalankan terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini hanya 18 disahkan positif bagi Covid-19 sehingga ini.

Beliau berkata sehingga hari ini seluruh episod jangkitan kluster ditangani dengan baik oleh kementerian dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dipengerusikan timbalan perdana menteri.

“Itu respons kami kepada WHO,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung jangkitan Covid-19.

Dalam sidang media harian berhubung Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata kenyataan WHO bahawa jangkitan Covid-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.

WHO menasihatkan kerajaan Malaysia membuat persediaan bagi kemungkinan penyebaran lebih meluas Covid-19 yang telah menjangkiti lebih puluhan ribu orang dan meragut nyawa lebih 1,000 orang di China.


Pengarah WHO bagi rantau Pasifik Barat, Dr. Takeshi Kasai, berkata dalam kenyataan hari ini bahawa maklumat terkini menunjukkan virus itu mungkin lebih mudah tersebar daripada data awal yang dicadangkan, tetapi mengambil perhatian bahawa ia bukan bermakna penyakit itu akan tersebar dengan mudah di Malaysia atau tempat lain.

Bermula semalam WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi penyakit virus korona 2019. 

Kategori