Kekal Kadar Jangka Pendek Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM33.93 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.97 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari, RM2 bilion untuk 14 hari dan RM2 bilion untuk 22 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender Qard RM2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.9 bilion untuk 14 hari.

Selain itu, bank pusat akan mengeluarkan Bil Antara Bank Bank Negara – Islam (BNIBI) RM1 bilion untuk 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM13.1 bilion. – BERNAMA

Loading...