Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bekas Polis Ditahan Menyamar...

GEORGE TOWN - Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang...

Lebuhraya Pan Borneo –...

KUCHING - Perjalanan yang lancar, kadang-kadang beralun menjadikan pengalaman pemanduan ke bandar pantai...

Pasukan Khas JPNIN Siap...

KOTA BHARU - Pasukan khas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan...

Presiden Turkmenistan Arah Kawah...

ASHGABAT: Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup sebuah kawah berapi yang...

Kadar Caj Parkir DBKL Diturunkan – Menteri WP

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan kadar baharu tempat letak kereta pada 18 Julai 2016 yang lalu.

Tujuan kadar baharu ini dilaksanakan untuk mengelakkan pihak tertentu memonopoli tempat letak kereta di bahu jalan yang terhad serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Kadar baharu ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin-pemimpin setempat.

DBKL menerima pandangan positif terhadap kadar baharu ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan ruang tempat letak kereta di Kuala Lumpur yang sering dimonopoli.

Walau bagaimanapun terdapat juga yang memberi reaksi negatif kerana kadar ini dianggap tinggi dan membebankan.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL telah bersetuju meneliti semula kadar baharu ini seperti berikut. (Rujuk di Lampiran)

Kadar Caj Parkir DBKL Diturunkan - Menteri WP

Kadar baharu yang dinilai semula ini menyediakan satu sistem yang mesra pengguna di mana pelbagai kaedah pembayaran seperti syiling, kad Touch ‘n Go dan aplikasi telefon pintar.

Untuk pengguna jangka masa sederhana dan panjang, DBKL telah memperkenalkan sistem pembayaran secara pas bulanan yang boleh dilanggani secara online pada kadar yang amat berpatutan.


Pembelian pas bulanan ini boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna tanpa perlu beratur atau ke lokasi-lokasi tertentu untuk membuat pembelian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala kemudahan yang disediakan, pengguna boleh melayari portal www.citypark.my.

Pelaksanaan kadar baharu yang dinilai semula ini telah mengambil kira pelbagai keperluan pengguna dan berlandaskan prinsip moving people not vehicle.

Adalah menjadi hasrat DBKL apabila seluruh perancangan terlaksana kelak, warga kota akan menikmati satu sistem aliran lalu lintas yang lebih lancar dan efisien.

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori