Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Upah Lumayan Faktor Penduduk...

BUKIT KAYU HITAM - Upah lumayan antara faktor rakyat tempatan dikesan menjadi penyeludup...

Diana Amir Selamat Bersalin...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Diana Amir yang baharu sahaja selamat melahirkan...

Lapor Salah Laku Anggota...

KUALA LUMPUR - Mulai hari ini anggota polis yang melanggar disiplin tidak akan...

4 Termasuk Pembantu Makmal...

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga dan seorang pembantu makmal kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya...

‘Kad Jemputan Dah Edar, Tapi Baru Tahu Tunang Tak Kerja’

ISLAM telah menganjurkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga agar mengenali terlebih dahulu calon pasangan yang bakal dinikahi.

Proses mengenali pasangan iniĀ bukanlah bermakna lelaki dan perempuan itu boleh keluar ke mana-mana sahaja berdua-duaan, tetapi lebih kepada perkenalan bagi mengetahui fikrah pasangan dan keadaan keluarga masing-masing.

Perkara ini penting kerana dalam proses tersebut, setiap pasangan dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang siapakah calon pasangan, bagaimana latar belakang keluarga dan perkara lain yang penting untuk diketahui.

Dengan perkenalan ini, tiap pasangan itu pasti akan memasang perancangan masa depan keluarga, lebih-lebih lagi buat lelaki yang bakalĀ menjadi pemimpin kepada keluarga.

Namun lain pula ceritanya buat satu pasangan yang bakal bergelar suami isteri ini apabila pihak perempuan baru mengetahui yang bakal suaminya merupakan seorang penganggur.

Diceritakan oleh saudari Insyirah Soleha di laman Facebook, dia berkongsikan kisah yang dilalui oleh seorang kenalannya yang bakal melangsungkan perkahwinan namun tidak mengetahui latar belakang bakal suaminya itu.

Semoga kisah benar yang dikongsikan oleh Insyirah ini dapat memberi manfaat yang berguna buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

'Kad Jemputan Dah Edar, Tapi Baru Tahu Tunang Tak Kerja'

DILEMA BAKAL PENGANTIN

Jumpa adik perempuan di hostel, ajak makan di kedai. Sambil berbual, adik cerita nak pergi walimah kawan serumah. Diluahkan juga dilema bakal pengantin.

“Dia baru tahu tunang tak ada kerja. Lepas tu, ibu mertua jual nasi lemak dan buat kuih meniaga. Lepas kahwin, tunangnya suruh duduk sekali, berulang alik setiap hari dari A. Nanti ada adik ipar lelaki pun duduk rumah itu juga. Kesian tengok dia, nampak stress je nak kahwin.”

Adik juga beritahu, kawannya itu anak orang berada. Saya terkedip-kedip.

“Sebelum ini kenal macam mana? Dia tak tahu tunangnya tak ada kerja?” soal saya.

“Ini kes ibu lelaki yang berkenan kat kawan,” jawabnya.

Saya tengok adik. Sambung makan. I cannot brain.

“Semua persiapan dah siap. Kad jemputan dah diedarkan. Dia stress sangat.

“Ye la, kalau batalkan, nanti keluarga malu pula, kan? Tapi kan, malu itu sekejap saja. Nanti orang lupa juga. Tapi badan yang menanggung seumur hidup itu, sanggup ke tidak?” katanya lagi.


“Entahlah..

“Malu sebab batal perkahwinan itu memang aib. Tapi kalau tak bahagia, sepanjang perkahwinan itu menderita. Tak boleh turn back okey? Nak try then kalau tak okey, boleh bercerai?”

Phew.. not that easy.

Dalam perkahwinan ada step by step yang Islam anjurkan. Antaranya ialah berkenalan.

Berkenalan ini bukan kena pergi dating makan mee ketam hujung minggu. Selepas itu call setiap hari untuk buat laporan hari ini buat apa, makan apa, jam berapa mandi, pakai baju warna apa. No.. no.. no..

Berkenalan ini untuk tahu fikrah pasangan dan keluarga. Nak kenal adab dan akhlak keluarga. Nak tahu apa perancangan masa depan keluarga. Bukan bincang nak anak berapa orang. Apa kaedah merancang kehamilan. Yang itu boleh dibincang selepas akad nikah.

Hidup ini memang ujian. Tetapi Allah beri pilihan. Pilih yang baik agamanya. Baik agama ini tidak semestinya ustaz, tidak semestinya Tok Imam, tidak semestinya bilal. Mungkin pemandu lori yang sentiasa solat awal waktu dan jaga ibu bapanya dengan baik, beri nafkah pada ibu bapa dan baik akhlak dengan semua orang itu lebih baik.

Sekarang ekonomi tak baik. Bila kita memang tak nak usaha untuk diri kita, bagaimana kita nak jaga orang lain? Sekurang-kurangnya usaha.

Itulah tanggungjawab dalam kehidupan. Kalau tiada pekerjaan harus maklum kepada bakal isteri untuk sama-sama merencana apa yang mahu dibuat untuk memberi nafkah kepada isteri.

Tanggungjawab suami untuk beri nafkah kepada isteri meskipun seorang lelaki duduk di rumah menjaga anak dan membuat kerja rumah tidak menanggal kewajipan memberi nafkah kepada keluarga.

Tidak ‘penting’ pekerjaan itu sama ada duduk di pejabat atau peniaga online, atau runner, bukan kuantiti kewangan tapi lebih penekanan kepada tanggungjawab suami memberi nafkah pada isteri.

Ramai lelaki menganggap menafkahkan isteri perkara ringan. Meski isteri bergaji lebih besar. Itu pun tetap tidak menanggal kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak

Semoga Allah tidak menguji kita dengan apa yang kita tidak sanggup hadapi. Kasihan pada bakal-bakal pengantin yang terperangkap dalam hidup begini. Perkahwinan itu bukan main-main. Usia bukan ukuran bahagia derita. Tetapi iman dan taqwa. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori