Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala bapanya cedera...

Bekas CEO Didakwa Terima...

SHAH ALAM - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkakasan dan peralatan...

Mayat Wanita Lengkap Berpakaian...

SITIAWAN - Seorang wanita lengkap berpakaian dan masih lagi memakai topi keledar ditemukan...

Amira & Aqila Masih...

KUALA LUMPUR - Seketika suasana ceria yang menyelubungi Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya...

Pelantikan Tun Mahathir Sebagai Penasihat Petronas Ditamatkan

KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

“Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

“Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2003.


Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori