Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Putin Gesa Hentikan Keganasan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menggesa keganasan di Gaza dihentikan, ketika...

116 Inisiatif Di Bawah...

KUALA LUMPUR - Lebih 80 jabatan dan agensi kerajaan telah melaksanakan 116 inisiatif...

Pesta Durian Melaka Di...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Pesta Durian Melaka 2015 di Ladang...

508 Kura-Kura Dalam Kentang

Shah Alam - Taktik sindiket penyeludupan hidupan liar menyeludup ratusan kura-kura bersama kentang...

Kabinet Belum Bincang Ratifikasi ICERD – TPM

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Namun begitu, beliau memberi jaminan isu tersebut akan dibincangkan di Kabinet.

“Perkara itu belum dibincangkan secara terperinci dalam Kabinet. Kami akan bincangkan (selepas ini),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kebimbangan berhubung cadangan meratifikasikan ICERD yang akan menghakis hak istimewa orang Islam dan kepentingan Melayu.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditemui permberita selepas menghadiri majlis penutupan Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di sini, hari ini.

Semalam, dianggarkan lebih 1,500 orang berkumpul di sekitar pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di ibu kota bagi membantah pengiktirafan ICERD di Malaysia.

Pada 26 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.


Namun pada 31 Okt, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifikasi ICERD.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata parti itu mahu siasatan dilakukan terhadap dakwaan calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli yang beliau diserang ketika proses pemilihan Cabang Keningau, Sabah pada Sabtu lepas.

“Kami mahu siasatan dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Kategori