Kabinet Arah TNB Betulkan Kesilapan

PETALING JAYA – Jemaah Menteri menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memperbetulkan apa jua kesilapan yang menyebabkan bil elektrik pengguna meningkat secara mendadak.

Sumber Kabinet memberitahu Sinchew Daily, TNB pada masa ini juga sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut.

Menurut sumber lagi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin turut menjelaskan punca kenaikan kepada para menteri, termasuk kesilapan pada sistem yang menyebabkan perhitungan untuk tempoh melebihi sebulan.

“TNB hanya boleh menghitung bayaran untuk sebulan, termasuk 28 hari jika bulan itu hanya ada 28 hari. Sekarang, ada perhitungan yang melebihi selama lima hingga lapan hari.

“Menteri lain juga memberi cadangan termasuk pemberian rebat atau pengguna boleh menangguhkan bayaran sementera Suruhanjaya Tenaga mengambil masa dua minggu untuk menyiasat,” katanya.

Disebabkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berlepas ke Jepun, mesyuarat pada Rabu itu berakhir lebih awal daripada yang biasa, tetapi ia tidak menghalang Jemaah Menteri untuk membincangkan isu itu secara teliti.

Dalam perkembangan terkini, TNB hari ini akan mengadakan sidang media khas pukul 3 petang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kenaikan bil elektrik.

Loading...