Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasangan Fenomena Berbulan Madu...

HASRAT remaja berusia 16 tahun, Selamat Riyadi untuk membawa isterinya, Rohaya berbulan madu di...

Bantuan Persekolahan RM100, Baucar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah dan...

Wanita Indonesia Dibunuh Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia maut dipercayai ditikam pada bahagian dada...

Polis Sungai Siput Rampas...

SUNGAI SIPUT – Polis menahan sepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki...

Jutawan Bina Terowong Kerana Takut Pyongyang

MARYLAND – Seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) bakal dihadapkan di mahkamah Jumaat ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki yang diupah membina terowong dalam rumahnya berhampiran Washington untuk melindungi dirinya daripada serangan Korea Utara, kata laporan.

Daniel Beckwitt, seorang pakar teori konspirasi dan pedagang saham bertaraf jutawan membayar bon jaminan AS$100,000 (RM397,251.02) dan dibebaskan daripada tahanan pagi semalam, lapor WRC-TV.

Beckwitt, 27, didakwa dengan pembunuhan darjah kedua dan membunuh secara sengaja dalam kaitan kematian Askia Khafra, 21 pada September 2017.

Khafra maut apabila satu kebakaran meletus di bilik bawah tanah ketika mangsa menggali terowong di bawah rumah Beckwitt di Bethesda di sini, terletak di pinggir Washington.

Peguamnya, Robert Bonsib memberitahu mahkamah Khamis lalu, anak guamnya seorang ‘individu luar biasa’ apabila juri agung mendakwa jutawan terbabit, lapor akhbar The Washington Post.


Beckwitt, dijangka hadir di mahkamah 8 Jun ini, “mahu membina sebuah kubu bawah tanah selamat kerana kebimbangannya berhubung ketegangan antarabangsa, Korea Utara dan peluru berpandu balistik antara benua,” kata Bonsib.

Khafra dilaporkan bertemu Beckwitt menerusi media sosial dan dimaklumkan, “jika dia menggali terowong tanpa henti pada siang dan malam serta tidur, makan dan ke tandas dalam terowong itu, dia akan diberi pampasan sehingga dapat memulakan syarikat impiannya,” kata pembantu peguam negeri Montgomery, Doug Wink kepada mahkamah menurut WJLA-TV.

Terowong itu dilaporkan digali pada dasar bilik bawah tanah sebanyak tiga meter dan panjang kira-kira 61 meter. – AFP/myMetro Online

Kategori