Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pekerja Warga Bangladesh Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi pembinaan yang tercampak...

Tun Arifin Kutuk Peguam...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Peguam Negara, Tan Sri...

Malaysia Cadang Tingkat Kerjasama...

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sudah...

Zahid Puji Sikap Profesional...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ngar...

Juruterbang MH370 Beri Isyarat Lokasi Pesawat Dalam Foto

PETALING JAYA – Seorang jurutera aeronautik mendakwa juruterbang MH370 memberikan isyarat lokasi beliau akan menerbangkan pesawat terbabit dalam satu foto keluarga yang diterbitkan selepas insiden kehilangannya.

Dianggap sebagai satu misteri besar dalam sejarah penerbangan dunia, pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengorbankan kesemua 239 penumpang dan anak kapal, yang sehingga kini tidak ditemui.

Bercakap kepada Daily Star Online Britain, jurutera warga Mesir Ismail Hamad mendakwa foto pertama membabitkan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diterbitkan selepas kejadian merupakan “petunjuk lokasi pesawat itu diterbangkan”.

Ismail mendakwa foto tersebut menunjukkan keluarga Zaharie duduk di sofa dengan corak berwarna biru yang merujuk kepada satu gugusan pulau di Filipina ke mana juruterbang itu diandaikan menerbangkan pesawat berkenaan.

“Sekiranya juruterbang pesawat tersebut, iaitu Kapten Zaharie Ahmed Shah, merancang danmengambil langkah menyembunyikan pesawat berkenaan daripada radar dan mata manusia seperti didakwa, saya percaya beliau membocorkan kepada kita satu mesej berkod sebagai simbol tempat pesawat itu disembunyikan dalam foto pertamanya di rumah beliau yang didedahkan kepada dunia,” Ismail memberitahu Daily Star Online dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.


“Beliau seolah-olah berkata, sesiapa yang mahu mencari saya dan pesawat berkenaan hendaklah mencarinya di sebuah pulau di gugusan tertentu, bukannya di lautan,” katanya.

Tiada satu teori tentang kehilangan pesawat MH370, termasuk percubaan merampasnya oleh Zaharie, ia dirampas dalam satu plot pengganas atau dibawa ke satu lokasi di Rusia sebagai usaha Presiden Vladimir Putin mengugut negara Barat berhubung krisis di Ukraine berjaya dibuktikan.

Walaupun beberapa cebisan bangkai pesawat dilaporkan ditemui di beberapa pantai di Lautan Hindi, namun operasi mencari MH370 dihentikan tahun lepas. – FMT

Kategori