Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kastam Kedah Rampas Rokok...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menumpaskan penyeludupan rokok putih...

Tak Logik Harga Ikan...

PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Syed Redzuan Berhasrat Tawan...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut...

BR1M: Wanita Di Pahang...

KUANTAN - Usahawan wanita di Pahang, termasuk ibu tunggal yang berniaga kecil-kecilan tetapi...

Juruterbang Mendarat Sesuka Hati Di Taman Rekreasi Di Ipoh

IPOH – Sebuah helikopter yang dipercayai mendarat tanpa kebenaran di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz baru-baru ini boleh mengundang bahaya dalam kalangan orang awam terutama kanak-kanak.

Helikopter yang menurunkan dua penumpang wanita di taman berkenaan kira-kira jam 2.45 petang itu mengejutkan kebanyakan orang awam yang berada di kawasan itu.

Adun Jalong, Loh Sze Yee berkata, helikopter tersebut mendarat hampir dengan kawasan taman permainan kanak-kanak malah tiada langkah-langkah keselamatan diambil.

Menurutnya, walaupun ketika itu pendaratan berjaya tetapi tidak mustahil ia boleh menyebabkan bahaya sekiranya angin kencang berlaku di kawasan itu.

“Kita telah memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Ipoh berhubung isu ini dan difahamkan pengawasan DCA Ipoh bergantung kepada laporan juruterbang memandangkan tiada kemudahan untuk mengawasinya secara terperinci.

“Kebiasaannya radar dipantau di Lembah Klang. Kami percaya apa yang berlaku itu bukan satu kecemasan kerana ia mendarat di taman rekreasi,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP semalam.


Beliau berkata, sekiranya dalam kecemasan ia boleh mendarat di kawasan berhampiran hospital atau di kawasan yang dibenarkan pemiliknya bukan mendarat sesuka hati walaupun seketika.

Katanya, dalam hal ini, pihaknya juga tidak tahu sama ada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengetahui tentang pendaratan tersebut.

“Kita harap pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya dan memberi penjelasan kepada orang awam tentang apa yang berlaku.

“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang perlu diambil tindakan kerana ia boleh menyebabkan bahaya kepada orang awam,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori