Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelakon Squid Game Dipenjara...

Seoul: Pelakon 'Squid Game' O Yeong-su didapati bersalah atas salah laku seksual oleh...

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Saya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi terdiam seketika selepas bekas...

29 Terbunuh Dalam Operasi...

BANDAR RAYA MEXICO – Seramai 10 askar dan 19 suspek penjenayah terbunuh dalam...

172 Kes Baharu Covid-19,...

JUMLAH kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak...

Juruterbang Mabuk Dalam Kokpit, Penerbangan Batal

BERLIN – Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Portugal ditahan di Stuttgart selepas didapati mabuk dalam kokpit sejurus sebelum berlepas, kata polis dan pendakwa raya Jerman hari ini.

Polis Jerman memasuki kokpit dan menemui lelaki berusia 40 tahun itu dalam keadaan khayal petang semalam, menurut kenyataan.

Pegawai lapangan terbang mengeluarkan amaran selepas menemui juruterbang itu ‘berbau alkohol dan tidak boleh berjalan dengan stabil’.

Pendakwa raya Stuttgart segera menggantung lesen penerbangan pembantu juruterbang itu dan mengenakan ikat jamin 10,000 euro (RM48,410).

Pihak berkuasa Jerman tidak menamakan syarikat penerbangan tetapi penerbangan syarikat TAP yang dijadualkan berlepas dari Stuttgart ke Lisbon semalam dengan 106 penumpang, dibatalkan. – AFP/BH ONLINE


*Video sekadar hiasan…

Kategori