Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peserta Felcra Bantah Projek...

KUANTAN - Kira-kira 21,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad...

Tubuh Jawatankuasa Pantau Indeks...

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Jabatan Agama Islam seluruh negara...

Bekas Ketua Antimaksiat Polis...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen...

Kertas Putih Kesihatan Diluluskan...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat...

Jurutera JKR Direman Rasuah Cat Jalan Dapat Kayu Golf

SHAH ALAM – Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan sogokan tujuh kayu golf bernilai RM1,990 diterimanya pada Mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pukul 10.40 pagi memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.

Dia sebelum itu ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima kayu golf berkenaan pada 15 Mac lalu daripada seorang kontraktor sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja penyelenggaran jalan di sebuah daerah di Selangor.

“Kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Kategori