Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Petrol Dan Diesel...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis...

Penyelidik UKM Hasilkan Sabun,...

HULU TERENGGANU - Sekumpulan penyelidik terdiri daripada 13 pakar perubatan dan saintis iaitu...

Kelantan Dijangka Terima Hujan...

KOTA BHARU - Kelantan dijangka menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember...

Mahkamah New Zealand Tukar...

Mahkamah di New Zealand menukar syarat ikat jamin tertuduh ialah Pegawai Waran II...

Jurutera Dedah Isu Tayar Jet Kempis Konon Disabotaj

KANTOI… Satu pengajaran daripada kisah tular tohmahan tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu jet mewahnya disabotaj, lain kali biarlah bijak ketika buat drama sensasi!

Bayangkanlah sebelum ini kata pesawat Bombardier Challenger CL60 dengan plat pendaftaran 9H-VFD di Malta dan dikendalikan syarikat Vista Jet Limited itu cuba dirosakkan sebelum tukar cerita konon tayarnya dipancitkan.

Ia menyebabkan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan hasil siasatan agensi itu menunjukkan tiada unsur khianat ditemui.

Terkesan dengan isu tersebut, seorang jurutera awam dan struktur, Thirunavukkarasu Karasu menarik perhatian ramai netizen apabila membongkar rahsia mengenai isu tayar pesawat eksekutif itu konon dikempis secara sengaja.

Menulis dalam akaun Facebook beliau dengan guna tajuk sindiran Sudut Mari Belajar Mengenai Tayar Kapal Terbang, artikel dinukil graduan universiti awam tempatan itu ternyata meraih minat apabila dikongsi lebih 600 kali.

Thirunavukkarasu yang pernah berpengalaman mengemudi kapal terbang memulakan pencerahan isu panas jet Mahathir itu dengan bertanyakan soalan sinis: “Tahukah anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar kereta Proton.

“Pesawat Airbus A340 yang saya pernah terbangkan ke London mengandungi 12 biji tayar dan menghentak kuat landasan pada kelajuan 250 km/j (kilometer sejam). Namun tayar tersebut tidak pernah pula pancit atau meletup.”

Beliau menjelaskan, rahsianya ialah setiap tayar mengandungi tekanan sehingga 200 psi (atau tujuh kali tekanan tayar Proton). Satu fakta menarik perihal tayar pesawat ialah ia direka bentuk untuk ‘terbabas’ sebelum bergolek.

Baca: Tiada Unsur Sabotaj Jet Mewah Mahathir – CAAM

Juga: Drama Simpati Mahathir Konon Jet Dirosakkan BN

“Bukan seperti tayar Proton direka bentuk untuk elak daripada terbabas. Semua pendaratan perlu bermula dengan tayar sengaja ‘dibabaskan’ dahulu untuk menyamakan had laju sudut tayar dengan had laju linear pesawat tersebut.


“Ia perlu sebelum pecutan boleh berlaku. Sebab itulah, tayar pesawat tidak ada ‘bunga’ seperti tayar kereta Proton. Kalaulah ia dibungakan, maka tayar pesawat akan pecah pada saat impak atas landasan,” kata Thirunavukkarasu.

Tambahan pula ujar beliau, tayar pesawat memang tidak diisi dengan angin, tetapi sebaliknya dipam dengan gas nitrogen sebab nitrogen ialah sejenis gas nadir yang tidak mungkin terbakar seperti tayar kenderaan di jalan darat.

Inilah sebabnya kenapa tayar pesawat tidak ada injap yang boleh sengaja dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Apa yang ada cuma plag dan direka bentuk sebagai ‘fius’ untuk melindungi tayar tersebut daripada suhu tinggi.

“Kelajuan maksimum tayar pesawat sekitar 360 km/j. Had laju tersebut seterusnya mengehadkan momentum sudut tayar itu sendiri daripada mengakibatkan tayar pesawat mekar seperti bunga Rafflesia yang bau busuk,” jelas beliau.

Juga kata Thirunavukkarasu, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan boleh terbakar jika suhu mencecah 700 darjah Celsius. Justeru pengeluar tayar seperti Bridgestone, Michelin dan Goodyear ada kaedah untuk elak terbakar.

“Semua pembuat tayar pesawat terpaksa masuk fius itu di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya untuk melepaskan sedikit gas nitrogen dan membolehkan pergerakan tayar dengan selamat pada kelajuan maksimum,” kata beliau lagi.

Kesimpulannya ujar jurutera berkenaan, tiada sesiapa pun yang selamba boleh mudah memicit buang angin tayar pesawat untuk tujuan jahat termasuklah memancitkannya macam kes tayar kereta! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori