Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Persatuan Nelayan Kedah Jual...

PENDANG - Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) hari ini menjual ikan kembung dan...

Mengantarabangsakan STAM Beri Tanda...

PUTRAJAYA - Usaha mengantarabangsakan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menunjukkan kemajuan apabila...

Daftar Anak, Elak Masalah...

JOHOR BAHRU - Setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata perlu segera mendaftarkan anak...

Daulat Tuanku, Al-Sultan Abdullah...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia hari ini merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang...

Jururawat Dirogol Dan ‘Dibuang’ Selepas Berhibur

HABIS manis sepah dibuang. Itu yang berlaku kepada seorang jururawat yang ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di kawasan Perindustrian Bleteh, Sarawak, kelmarin.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki yang dikenalinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai jururawat desa di sebuah pusat kesihatan ditemui orang awam sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang berusia 22 tahun itu keluar berhibur bersama rakannya di dua buah pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan dua lelaki dan dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun ditahan.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah berkenaan selepas beberapa jam laporan dibuat susulan mereka merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

“Suspek mengaku keluar bersama mangsa namun mendakwa wanita itu ke sebuah pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.


Freedy berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.

Katanya, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian.

Menurutnya, dua suspek ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori