Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayuh Segerakan PRU 14,...

TIGAƃā€šĆ‚Ā minggu sebelum PRK Sungai Besar, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor meletakkan sasaran menang...

Kerajaan Pahang Tubuh Badan...

KUANTAN - Kerajaan Pahang menubuhkan badan amanah pengurusan Taman Pertanian Jubli Perak Sultan...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka tidak berubah setakat 8 pagi ini,...

Farah Kena Kahwin Dulu...

KALAU nak duduk rumah sendiri, kahwin dulu! Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh...

Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya

KLANGĀ – Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar bagi meminta bantuan.

Hasil pemeriksaan oleh bapa saudara jururawat itu mendapati ada sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan dilekap padaĀ bumper kereta mangsa.

Menurutnya, polis dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.


“Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

“Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa,” katanya hari ini.

Objek terbabit juga didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

IED itu telah dimusnahkan di padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan robot pemusnah bom. – Harian Metro

Video di bawah tiada kaitan dengan kes di atas.

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

Kategori