Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Johor Bahru ‘Lumpuh’ Seketika,...

JOHOR BAHRU: Bandar raya ini ‘lumpuh’ seketika apabila beberapa jalan utama dinaiki air...

New Zealand Papar Peta...

WELLINGTON – Laman web rasmi kerajaan New Zealand mencuri perhatian kerana memaparkan sebuah...

Selipar Yang Menjadi Mimpi...

Sesetengah perkara melibatkan sikap manusia kadang-kadang berlaku di luar kemampuan kita untuk menghalangnya.Sebagai...

Abang Johari Terima Panggilan...

SIMUNJAN: Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berpeluang melakukan panggilan video...

Jururawat & Bayi Maut Dalam Kemalangan Kereta Bertembung Lori

KUANTAN – Seorang jururawat Hospital Segamat Johor serta bayinya yang berusia lapan bulan maut dalam kemalangan sebuah kereta dengan sebuah lori di jalan utama Felda Selancar, Muazam Shah Rompin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin ASP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu kereta jenis Produa Alza yang dipandu mangsa Rahimah Jaffar, 34, dari simpang Selancar menghala ke Perwira Jaya terbabas ketika dipercayai cuba mengelak lubang sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan Rahimah maut di tempat kejadian manakala bayinya Muhammad Zamil Abdul Aris yang diletakkan di atas kerusi bayi di tempat duduk hadapan kereta meninggal dunia di Klinik Kesihatan Perwira Jaya pada pukul 10.20 pagi.

Azli berkata seorang lagi anak mangsa, Firas, lima tahun, yang berada di tempat duduk belakang kereta itu dilaporkan kritikal manakala pemandu lori Mohd Saiful Basar, 33, patah kaki kanan.

Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Segamat.

Beliau berkata jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori