Jurukimpal Berjaya, ‘Wanita Besi’ Ini Bukan Biasa-Biasa!

WANITA itu ibarat uncang teh. Anda tidak akan tahu betapa ‘kuatnya’ mereka sehinggalah mereka ‘direndam’ di dalam air panas.

Berkesempatan mengintai wanita cantik ini, beliau nyata bukan calang-calang orangnya.

Di sebalik keayuan wajah dan sifat lemah-lembut yang dimiliki, siapa sangka beliau sebenarnya layak digelar ‘iron woman’!

Mengakui tidak mudah berada di dalam bidang yang sering dipelopori golongan lelaki, wanita berani bernama Siti Sofyiah Sabtu ini menyifatkan fasa kehidupan berubah sebaik sahaja melangkah ke bidang kimpalan.

Masih segar di ingatan, ketika pertama kali berada dalam bidang itu, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi.

Menceritakan bagaimana mula menapak diri dalam industri itu, ujar wanita ayu berkenaan, beliau sama sekali tidak kisah dengan tanggapan orang ramai.

Malah menganggap kritikan sebagai sebentuk pemberian dan pendorong untuknya berjaya dan menjadi contoh sekaligus inspirasi kepada semua pihak terutamanya golongan remaja.

Sofyia berkata, untuk berjaya bukanlah perkara yang mudah kerana banyak halangan yang ditempuhi.

Sehubungan itu, bagi memastikan impiannya tercapai, beliau sanggup menghabiskan masa remaja dengan melakukan pelbagai kerja sambilan antaranya menjadi tukang cuci bagi mengumpulkan modal membuka perniagaannya dalam bidang kimpalan.

Berkongsi cabarannya, beliau mengakui sebelum ini sering diherdik dan diperlekeh segelintir masyarakat yang kononnya menganggap wanita tidak sesuai dengan pekerjaan itu.

Beliau bagaimanapun tidak pernah takut berhadapan dengan percikan api.

Hal itu tidak meruntuhkan semangatnya sebaliknya wanita berkenaan tetap kuat meneruskan perjuangan dalam mencapai cita-cita dan impiannya.

Bersyukur jalan yang dilalui, Sofyiah kini mampu menarik nafas lega apabila hasil usaha dan minat yang mendalam dalam bidang tersebut memberi pulangan yang baik.

Kini beliau telah berjaya membuka sebuah bengkel kimpalan tanpa bergantung kepada orang lain.

Seperti insan lain sudah tentunya Sofiyia juga ingin memperluaskan lagi perniagaannya. Beliau berkata, buat masa ini syarikatnya dalam perancangan untuk menaik taraf kepada syarikat sendirian berhad.

Kisah ‘wanita besi’ ini ternyata mampu membuka mata semua pihak sekaligus dijadikan inspirasi buat semua untuk berjaya tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun.

Sofiyia merupakan salah seorang daripada 12 finalis kempen “Projek Inspirasiku” anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Projek Inspirasiku” merupakan medan yang menggalakkan para usahawan tidak kira di mana pun berada untuk bersama berkongsi cerita kejayaan yang mampu memberi inspirasi kepada seluruh Malaysia!

Dengan Projek Inspirasiku ini, SSM membuka platform bagi usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Selain itu, juga berperanan menyebarkan kesedaran kepada prospek terhadap produk mereka sekaligus berpotensi untuk mengumpulkan lebih bayak pengguna di masa akan datang.

Gambar-gambar di bawah merupakan 12 orang usahawan yang berjaya menempatkan diri mereka di dalam pusingan final:

Ingin mengikuti ‘jalan cerita’ finalis lain yang berhadapan dengan pelbagai pancaroba dan jatuh bangun dalam mencapai kejayaan? Sila layari laman web rasmi di bawah:

FACEBOOK : https://www.facebook.com/SSMMyInspirasiKu/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/ssmmyinspirasiku/?hl=en

WEBSITE : http://myinspirasiku.com/

MYNEWSHUB.CC

Loading...