Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Maut Tembakan Di...

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera dalam kejadian...

Kes Baharu COVID-19 Melonjak...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kembali melonjak dan...

‘Iron Man’ Jadi Comel...

AKTOR popular Robert Downey Jr, ternyata bukan sahaja penyelamat dalam dunia fantasi malah...

Bakat Sangat Diperlukan Untuk...

KOTA KINABALU - Bakat seseorang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan...

Jurufoto ‘Terjun’ Kawah Gunung Berapi Aktif

IBARAT menggadai nyawa, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang sanggup masuk ke kawasan gunung berapi aktif.

Christopher Horsley, 26, dari Ormskrik, Barat Lancs menggunakan tali untuk masuk ke kawah gunung berapi dengan tahap kepanasan 700 darjah celcius.

Foto sewaktu dia melakukan aktiviti itu di Vanuatu, Pasifik Selatan turut menjadi tular.

“Ini adalah kali pertama ketiga-tiga kawah aktif sekaligus dan saya akan masuk ke kawasan cecair magma.

“Saya ingin memperkenalkan cara baharu yang selamat untuk masuk ke kawasan gunung berapi.

“Saya memang suka benda mencabar. Sewaktu remaja saya teringin nak sertai tentera udara.

“Selepas itu baru saya minat aktiviti lasak seperti mendaki dan buat aktiviti seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, gunung berapi yang ditawannya baru-baru ini masih lagi aktif dan tidak pernah meletus sejak 1913.


Selain meneroka kawasan itu, Christopher yang juga seorang jurufoto turut merakam panorama di situ.

Dia yang kini menetap di Amsterdam turut menegaskan tindakan yang dilakukannya adalah dijamin selamat.

“Saya memang minat nak rakam gunung berapi, kepelbagaian kaum dan fenomena yang unik.

“Di gunung berapi, saya menggunakan kabel tali dari aras tinggi. Ia memang selamat,” ujarnya lagi. – Mirror.UK

Kategori