Jurufoto Norway Bertuah Terjumpa Rusa Putih

SEORANG jurufoto dari Norway berjaya merakam gambar seekor anak rusa putih yang disaksikan semasa aktiviti hiking bersama rakan-rakan.

Mads Nordsveen, 24 tahun, dari Oslo berkata beliau nampak haiwan itu berjalan di kawasan bersalji semasa berjalan di utara Norway.

Imej haiwan itu kini sudah mendapat tanda suka sebanyak 20,000 kali sejak diterbitkan pada Isnin.

Dalam komen perkongsian gambar itu di Instagram, beliau menulis: “Dia hampir hilang di celah-celah salji!”

Rusa putih dianggap sangat langka. Pada 2016 seekor rusa putih dewasa dilihat di tepi jalan di Mala, utara Sweden.

Sifat luar biasa ini disebabkan keadaan genetik yang menghilangkan pigmen dari bulu haiwan tersebut, tetapi bukan kondisi albino.

Menurut sesetengah tradisi Scandinavia, terserempak dengan rusa putih dianggap boleh membawa nasib yang baik.

Menurut Nordsveen, beliau terlihat rusa putih itu semasa berjalan di kawasan pergunungan.

“Haiwan itu datang amat rapat dengan saya dan kami memandang satu sama lain.”

Katanya, haiwan itu sedar dia tidak berniat buruk dan kelihatan sangat tenang.

“Ia kelihatan seperti sedia diambil gambarnya.” – BBC

Loading...